Sunday, March 9, 2008

Kempen "Jom Balik Mengundi!" Pro Mahasiswa

Dalam pada semua sedang sibuk berpilihanraya, Pro Mahasiswa tidak ketinggalan dalam memeriahkan suasana perayaan yang diadakan lima tahun sekali itu. Wakil-wakil dari Pro Mahasiswa membuat roadshow ke kebanyakan fakulti di Universiti Malaya. Di samping untuk memberikan kesedaran politik dengan menggunakan slogan "Jom Balik Mengundi!", Pro Mahasiswa juga menerangkan manifesto tuntutan kepada semua parti politik kepada mahasiswa/i Universiti Malaya untuk menjadikan mereka sedar bahawa mahasiswa juga merupakan agen perubahan di Malaysia.



Saudara Shahir menerangkan tuntutan Pro Mahasiswa di
Kantin Fakulti Sains sambil diperhatikan oleh Saudara Sasikumar




Kantin Fakulti Perniagaan dan Perakaunan



Sibuk membaca tuntutan Pro Mahasiswa berwarna oren




Mahasiswa Fakulti Ekonomi membelek dokumen Pro Mahasiswa
sambil diperhatikan oleh saudara Shahir



Sasikumar dan Shahir di Fakulti Ekonomi



Pro Mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan



Menerangkan Manifesto Pro Mahasiswa di Fakulti Alam Bina



Jurucakap Pro Mahasiswa di Fakulti Perubatan
Dari kiri : Hoong Kiat, Shahir dan Sasikumar



Kempen 3 hari tersebut telah meliputi Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Ekonomi, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Alam Bina, Fakulti Perubatan, Fakulti Sastera, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Undang-Undang.

Pada hari ketiga, delegasi Pro Mahasiswa terus menyertai Forum berkenaan E-polling yang diadakan di Fakulti Undang-Undang bagi menyokong hasrat warga fakulti tersebut untuk tidak menjalankan E-Polling di Universiti Malaya pada jangka masa terdekat ini.

Harapan seterusnya adalah untuk melihat mahasiswa/i Universiti Malaya menerima hakikat bahawa mereka juga adalah agen perubahan dan perlu untuk mereka memainkan peranan yang sepatutnya dalam menentukan halatuju negara. Kempen ini diharapkan memberikan suatu kesedaran politik kepada mahasiswa/i Universiti Malaya.

0 comments: