Dalam pada kesibukan saya berlatihan industri, saya sempat menjengah ke pejabat fakulti untuk menanyakan beberapa hal. Bagus juga menjalani Latihan Industi di fakulti, boleh saya jalankan kerja-kerja wakil pelajar sementara mengisi kekosongan.
Beberapa hari sebelum ini, ada beberapa rakan menanyakan tentang hal latihan industri mereka. Secara spesifik daripada Jabatan Alam Sekitar. Saya pun membawakan isu tersebut ke pejabat untuk bertanya. Ternyata terdapat sedikit kesilapan berlaku apabila jumlah jam kredit pada buku panduan dan pada pendaftaran online berbeza.
Saya diberitahu akan ada pembetulan di buat. Sempat saya tinggalkan kad untuk mereka hubungi saya sekiranya perubahan telah dibuat.
Bagi pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar batch 2005/06, selamat menjalani latihan industri!
p/s: Kepada mahasiswa/i UM (khususnya pelajar Kejuruteraan), Sekiranya ada apa-apa masalah yang ingin disampaikan bolehlah beritahu saya. InsyaAllah, saya akan cuba bantu. Mungkin saudara saudari sekarang sedang bercuti dan jauh daripada kampus, saya akan gunakan kedudukan saya (lokaliti, bukan pangkat) untuk cuba membantu saudara/i sekalian.
p/p/s: Keputusan peperiksaan bagi Keusahawananan, Analisa Vektor, Pengurusan Projek sudah pun keluar!
Wednesday, May 21, 2008
Latihan Industri : Kejuruteraan Alam Sekitar
Labels:
Engineering
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
mekaceh wakil fakulti
euwwww.....
huhu
en wakil fakulti... saya ada sedikit masalah...
kenapa ek connection kat ump nih teruk...
leh tlg tgk2 kan tak...
maceh!!!
huhuhuhui
hurm.. banyak lagi yang boleh dibuat.kena bagi all out untuk time2 berbaki ni...
kamal. itu UMP. tp tgk lah, mungkin boleh buat sesuatu.. =)
trima kaseh :)
Post a Comment