Pagi tadi baru sehaja menerima satu panggilan daripada Pejabat Kejuruteraan tingkat 2. Pelik juga bila ada perempuan menghubungi kita pada awal pagi. Rupa-rupanya saya sendiri yang memberikan kad nama pada beliau untuk memberitahu perkembangan kod subjek latihan industri bagi pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar.
Setelah apa yang diberitahu, beliau menjelaskan bahawa ada sedikit kekeliruan berlaku. Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar sendiri tidak pasti berkenaan kod subjek yang tepat. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar tidak perlu risau kerana proses pertukaran kod subjek (bagi yang tersilap isi kod subjek) akan dibuat secara automatik. Sekiranya sebelum ini kod subjek tersebut mempunyai jam kredit yang silap, pertukaran automatik ini akan dibuat dan membetulkan jam kredit yang diterima oleh para pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar.
Selamat berlatihan industri!
p/s: Sekiranya ada apa-apa permasalahan lagi sila berhubung terus dengan saya di sini. Terima kasih.
Monday, May 26, 2008
Latihan Industri - Kejuruteraan Alam Sekitar - Terkini
Labels:
Engineering
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
thanks info dengan cepat.
no problem.
Post a Comment