Jadual Pendaftaran untuk semester 1 2008/09 di sini.
Banyak masalah yang saya terima, terutama berkenaan subjek tesis. Baik daripada batch sebelum saya dan batch saya yang bakal menaiki taraf 'final year' tak lama lagi.
Kehadiran pelajar-pelajar baru juga bakal menggamitkan suasana di fakulti.
Dalam pada keadaan riuh rendah nanti, akan ada yang sesat dan tidak mempunyai sebarang arah tujuan. Mungkin ramai juga yang lewat ke kelas sebab tak tahu di mana. Dan worst case scenario, tak tau arah tujuan hidup selepas sampai ke fakulti kita nanti.
justeru, saya ingin meminta pandangan sahabat-sahabat Kejuruteraan sekalian untuk memberikan sebarang input untuk diberikan kepada adik-adik baru kita yang bakal masuk tidak lama lagi. Fakulti akan membuat taklimat, dan saya mintak sahabat-sahabat sekalian memberikan idea tentang apa yang penting untuk disampaikan kepada mereka.
Cadangan boleh dihantar kepada saya melalui komen pada entry ini ataupun terus ke alamat email saya; wakil.FKUM@gmail.com.
Saranan saya, kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan apabila masanya tiba nanti.
Saturday, June 14, 2008
Mohon input untuk Haluansiswa 08/09 - Fakulti Kejuruteraan
Labels:
Engineering
Subscribe to:
Posts (Atom)
